Tuesday, April 21, 2009

Holy Shit!


Percayakah anda?Kalau tak percaya sila cari di Petaling Jaya.

Saturday, April 4, 2009

Boleh ke..?

Boleh ke aku meneruskan perjalanan ni...?Cuak2 basah pon ada gak...

Monday, March 9, 2009

Aku ada masa sikit je ni.

Dah lama aku tak update blog aku ni.Sejak dua menjak ni aku sibuk dengan hal2 Final Year projek aku.Adoi..!Bila la nak habis blajar ni...Ok.Celoteh dalam entri aku kali ni pasal Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.Aku dapati dua hari lepas adanya perhimpunan haram dibuat bagi membantah program pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.Bagi aku benda tu memang bagus dan tersangat lah bagus.Kenapa mesti ditentang?Diorang membantah atas alasan tidak lagi menyayangi bahasa melayu.Betul ke?Aku rasa kalau belajar dalam bahasa inggeris pun,anak-anak melayu akan cakap bahasa melayu kalau diorang dah abis sekolah dan bangsa2 lain pun turut sama berutur dalam bahasa keturunan masing-masing.

Aku tak faham betul kenape benda ni mesti ditentang.Walhal bahasa inggeris tu sangat lah penting.Jika budak darjah 1 dah dipupuk untuk belajar dan bertutur dalam bahasa inggeris,Aku rasa dia takkan ada masalah untuk bertutur ketika dia dewasa.Aku mengambil contoh diri aku je lah.Dulu aku sememangnya hancur dalam english aku.Boleh dikatakan "I dont know sepatah haram".Keputusan english spm aku pon memang jahanam.Tapi sejak aku belajar di tempat belajar yang aku belajar sekarang,Aku dah boleh memahami dan bertutur dalam bahasa inggeris.Tapi tidak lah hebat sangat pon.

Aku bukanlah jenis orang yang rajin macam kawan2 aku yang hebat2 speaking .Tapi kalau dari darjah satu dulu aku belajar english dalam math ngan sains, aku rasa aku takde masalah dah dekat kolej aku ni.

Semalam aku ada bersembang dengan lecturer aku tentang isu english ni,Dia jugak turut berpendapat yang Sains dan Matematik ni memang patut dibuat dalam English sejak sekolah rendah lagi.Bagi dia, semasa kita kecil lah masa yang paling mudah untuk belajar english lebih.Jika dah tua2 baru nak belajar english,memang lah boleh.tapi kalau ada 100 orang,dah kompom2 75% tu give up.Peribahasa pun ada mengatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu. renung-renungkan lah bersama.

Sunday, February 1, 2009

Horizon Tour

Hah.! Ini lagi satu pengumuman yang aku nak buat.Aku dah beli tiket Parkway Drive ...Jadual persembahan pada 08.02.09 di MCPA Hall, Kuala Lumpur...Ni je yang mampu aku pegi.Nak tengok Mogwai tiket nyer mahal sangat,aku tak cukup rm1.50 nak bli tiket Mogwai.Dapat tengok Parkway pon jadilah.

p/s: Man u lagi! hebat! hebat!

Supreme Sunday

Hari ni hari paling membosankan aku.Cuti aku dah tamat tempoh.Esok bermulalah rutin aku seperti biasa sebagai seorang pelajar.(Damn the devil).Apa yang aku tak syok sangat nak tempoh class utk hari esok tu sebenarnya aku cukup tak berkenan ngan lecturer aku sorang ni.Lec aku ni mengajar subjek hidraulic&pneumatic.Apa yang tak syoknya tu lah,dia mengajar macam nak bergaduh panggil kaum ramai2.Kalau kat sekolah,kita bukak dinding class untuk jadikan dewan peperiksaan tu,suara dia boleh tembus 10 bijik class.

Disebabkan tekanan yang aku dapat daripada dia ni,aku langsung sepatah haram tak paham ape yang dia ajar.Korang pernah tak hadapi masalah yang aku hadapi nih.Kalau2 ada jalan penyelesaian,bagitau yer...

p/s:Man u wey..... Man u...Hahahahah...

Sunday, December 28, 2008

Bosan la kawan

Maaf sahaja dapat aku ucapkan kepada kamu semua kerana telah lama aku tak update blog aku ni.Aku skang baru je selesai menghabiskan semester 5 aku yang macam fuck.Semester 6 bakal menjelang pada 12.1.09Rasa nak pecah kepala otak.Nasib baek sekarang aku diberi cuti selama 3 minggu untuk merehatkan tulang empat kerat ku ini.

Tetapi masalah lain pulak yang aku kene tempuh.Kebosanan tahap cirit pulak yang datang.Aku takde teman kat ipoh nih.Yelah.Time aku bercuti sekolah ni tak sama macam budak2 ipta yang lain.Awek aku pon dah lari ke Shah Alam sebab dah nak start blaja balik.

Aku cuma bergantung lepak dgn kawan2 aku yang berniaga di TKK dan kawan2 aku yang berkampung di bengkel moto plastik(scooter).Tapi fill dia lain sket.Yela aku rindukan zaman2 chill aku masa abis skolah dulu.Lepak mapley lama2,bersembang tak ingat dunia.dan macam2 lagi la yang aku buat dengan kawan2 aku.

Aku cuba untuk mengaktifkan diri untuk berblog balik,tetapi apakan daya,umah aku takde tenet,nak pegi cc,duit tak mandang(bak kata org perak).Buat masa sekarang ni itu lah masalah yang aku kene tempuh.Aduhai.

Saturday, November 15, 2008

Belajar itu rumit

Sudah lama rasanya aku tak mengupdatekan blog aku ni.Secara rumusnya ,aku sibuk dengan pelajaran ku di kampus.Hari2 aku on laptop,pasang lagu nidji dan onkan program CATIA dan Auto Cadd aku untuk menyiapkan tugas melukis yang diberikan kepada aku.Nak taknak kena buat jugak,maklumlah aku dah menjalani proses untuk menyiapkan Final Year Project aku.

Sedar tak sedar, aku di tahun akhir bagi sesi pembelajaran aku untuk merangkul pingat Diploma.Harap2 tuhan dapat membantu aku untuk menghabiskan sesi pembelajaran aku ini dengan jayanya.Dalam kebosanan aku dengan berutinkan kerja melukis hari2,mujurlah jugak ada hiburan dan sukan yang disediakan di kampus baru aku.Dapat jugak aku mengeluarkan peluh dan berseronok dengan kawan2 aku sekampus.

3 hari berturut-turut yang lepas aku telah menghadiri sebuah konsert kecil yang diberi nama "Battle of The Band".Tak banyak yang menyeronokkan berbanding dengan gig2 yang aku hadiri sebelum ini.Tapi ok lah sekadar untuk aku menghiburkan diri.

Adoi....!!