Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

Maaf

Aku baru sahaja bangun dari tidur. Tiba - tiba dengan automatiknya tangan ku membuka laptop dan terus membuka web browser, dan dengan pantasnya jari jemari aku menaip www.incikangkasa.blogspot.com. Dalam beberapa saat untuk membuka isi kandungan alamat yang ditulis tadi, maka terbuka lah satu ruangan yang dah berlapuk dan bersawang. Itu lah ruangan entri hidup aku, Ruangan yang telah setahun aku tinggalkan tanpa berita, Keadaan blog aku masih sama, cuma habuk2 dan sarang labah-labah memenuhi sisi ruangan.

Aku rasa rugi jugak aku tak tulis entri2 hidup aku, Banyak sangat benda2 tak best yang berlaku semasa dalam setahun aku di UK.Sekarang aku masih lagi di UK, alhamdulillah keputusan exam aku lulus. Tapi tak la hebat sangat macam kawan-kawan aku yang lain.Ada jugak kawan-kawan yang gagal, Tapi bagi aku gagal bukan lah penutup semua impian, korang still ada peluang kedua untuk membetulkan markah korang tu.Jangan risau, korang mesti boleh buat punye, cuma buat yang terbaik dan jujur dengan diri sendiri.

Oklah .aku rasa sampai sini dah ok kot untuk permulaan, nanti aku kasi taip2 lagi entri aku.Maybe nanti malam, selepas aku pulang dari kerja.Gila lah kerja kat UK!!!!

No comments: