Powered By Blogger

Thursday, September 18, 2008

Kelengkapan sempena Hari Raya

Maaflah kerana dah 4-5 hari aku tak mengupdatekan blog aku ini kerana seibuk bekerja.Disini aku nak share ngan korang semua tentang serba sedikit kelengkapan menjelang hari raya tahun ni buat aku.







Cahaya daripada kelengkapan ni, akan aku share ngan korang after raya.heheheheh....

To be continued..


Sunday, September 14, 2008

Benar atau tidak

Jam menunjukkan pukul 1132.Aku baru sahaja selesai menyiapkan tugasan harian aku yang dah seminggu tertangguh.Biasa la tengah praktikal,apa lagi catitan harian pada Buku Log lah.Aku masih sorang lagi dalam ofis nih.Bos aku tak masuk-masuk lagi,Budak-budak lain banyak yang tak datang kerja hari ini.

Tengah aku tidak tahu apa yang nak dibuat,teringat aku akan cerita faz semalam tentang laman web Peter Answers.Dia cakap peter answer ni boleh jawab soalan yang kita soal kat dia sampai tahap tahyul.sampai faz tanya nama awek dia sendiri pon,si Peter ni boleh jawab.Laman Peter nih dikenali sebagai 'Virtual Tarot' macam laman untuk kita tanya soalan kepada dia.Dan dia akan menjawab semua soalan yang kita tanya.

Aku dah cuba layari laman web ni,tapi si peter answers nih taknak jawab.Dia kate keadaan enviroment aku tak mengizinkan dia jawab.Aku macam pelik jugak.Dalam ofis aku ni ada banyak gambar-gambar Kaabah.Tak mengapa,akan aku cuba lagi tanya soalan kat si Peter ni dirumah.

Untuk sesiapa yang nak cuba boleh laa klik link yang aku sediakan dibawah ni.Selamat Mencuba!


Friday, September 12, 2008

Mari Kita Renungkan Bersama

Rakyat Malaysia sekarang tengah dilamun dilema ketidak stabilan pucuk pimpinannya.Apa yang kita dapat lihat sekarang ini,negara kita seolah-olah tidak dipimpin dengan betul.Dimanakah salahnya..?Bolehkah pembaca2 semua memberitahu saya.?Saya bukanlah bijak pandai tentang politik.Sebelum ni pon saya memang tidak ambil kisah langsung tentang hal-hal politik di negara kita ini.Sejak dua menjak ini baru saya sedar bahawa saya perlu mengambil tahu hal-hal politik dinegara ini..

Saya berasa amat sedih sekali dimana bangsa Melayu kita sendiri berpecah seolah-olah berebut takhta untuk memimpin negara yang sedang kucar kacir ini.Buat masa sekarang,saya sendiri tidak pasti parti pejuangan politik yang manakah yang patut untuk saya percayai.Adakah Barisan Nasional selepas diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi.?Adakah Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim..?Adakah PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz.?Tetapi tidak mungkin sekali untuk saya memilih DAP,kerana DAP hanya menunggu masa untuk merampas kerajaan kita ini.

Untuk makluman pembaca,saya mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa saya sukar untuk mempercayai kesemua parti-parti yang saya sebutkan di atas.Diantara sebab2nya ialah:-

BN-Merupakan parti yang telah dipimpin untuk ahli keluarga sahaja dan bukan untuk rakyat.

PKR-Seolah-olah berjuang hanya untuk membalas dendam.

PAS-Berdakwah untuk kepentingan Islam tetapi konsep dakwah yang disampaikan berbaur kutuk mengutuk sesama bangsa dan agama.

Adakah anda semua sedar tentang apa yang saya katakan ini?Ataupun adakah anda mempunyai sebab-sebab yang lain untuk dikongsikan bersama..?Jika ada,silakan tinggalkan komen diruangan memberi komen blog ini.

Akhir kata untuk kepentingan bersama.Marilah kita sama-sama turut sedar tentang apa yang telah berlaku terhadap negara kita ini.

Thursday, September 11, 2008

Gelaran "The New Cantona" diberikan kepadanya.

Dengan bermodalkan 30.75 juta GBP pasukan kesayangan ku menyambut kehadiran pemain terbarunya Dimitar Berbatov pada 1 September 2008.Kehadiran si Berbatov nih aku rasa dah 100% kental dah untuk pasukan kesayangan aku ni.Harap-harap boleh lah berjaya seperti tahun lepas.Hari sabtu nih jam 7.40 mlm waktu Malaya merupakan game pertama Berbatov bersama team kesayangan aku nih menentang Liverpool.Harap-harap sentuhan game pertama nih dapatlah membuat pihak lawan menangis kalah.

Kat bawah nih aku nak bagi laa profile si Berbatov ni sedikit.Untuk pengetahuan bukan kaki bola.Manalah tau kot2 korang ingat Berbatov nih asalnya daripada Bollywood ker..Yela muka dia tuh dah laa macam hero hindustan.Hehehehehe....






Nama Sebenar Dimitar Berbatov
Tarikh Lahir 30 Januari 1981
Tempat Lahir Blagoevgrad, Bulgaria
Ketinggian 1.88m
Berat Badan 80.6 Kg
Umur 27 Tahun
Posisi Jentera Serangan









Wednesday, September 10, 2008

100 Hari Menjelang Mati

Tanda 100 hari

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yangdikehendakinya.. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa.. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan..


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..


Tanda akhir
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..

Tuesday, September 9, 2008

Untuk Pengemar Musik Metalcore

Aku baru saja mempunyai 3 album latest band metalcore yang cukup digemari oleh pengikut musik metalcore di Malaysia.Aku akan menerangkan serba sedikit tentang ketiga-tiga album ini.




Bleeding Through-Declaration


Track List :-
  1. Finnis Fatalis Spei
  2. Declaration
  3. Orange County Blonde And Blue
  4. Germany
  5. There Was A Flood
  6. French Inquisition
  7. Reborn From Isolation
  8. Death Anxiety
  9. The Loving Memomy Of England
  10. Beneath The Gray
  11. Seller's Market
  12. Sister Charlatan
Album Bleeding Through kali ni cukup gempak bagi aku.Penyusunan lagunya cukup mantap.Lagu yang paling menarik minat aku adalah lagu yang berjudul Declaration dan Germany.




All Shall Perish-Awaken The Dreamer

Track List :-
  1. When Life Meant More
  2. Black Gold Reign
  3. Never Again
  4. The Ones We Left Behind
  5. Awaken The Dreamers
  6. Memories Of A Glass Sanctuary
  7. Stabbing to Purge Dissimulation
  8. Gagged, Bound, Shelved and Forgotten
  9. Until the End
  10. From So Far Away
  11. Misery's Introduction
  12. Songs for the Damned
Album Awaken The Dreamers ni cukup perfect.serius beb.macam2 rencah ada.hahahaa...track no 2 black gold reign mempunyai keunikan yang amat sangat dimana ada unsur-unsur vocal metal zaman led zeppelin,acdc,iron maiden.Tak rugi kalau korang dapatkan album ni.



www.demonoid.com/files/details/1610331/1193245/


All That Remains-Overcome

Track list :-
  1. Before the Damned
  2. Two Weeks
  3. Undone
  4. Forever in Your Hands
  5. Chiron
  6. Days Without
  7. A Song for the Hopeless
  8. Do Not Obey
  9. Relinquish
  10. Overcome
  11. Believe in Nothing
Album overcome ini agak mencurigakan aku jugak lah sebab album ni tak macam album-album All That Remains sebelum ni.Musik dia agak slow sket,tak banyak beat-beat yang menyeronokkan.

Untuk sesiapa yang mempunyai akaun demonoid,jika anda berminat utk mendownload album-album di atas,silakan klik link yang telah aku sediakan.hehe...rip barangan luar adalah bagus.hahahahah..jangan korang rip barangan malaysia sudah.ceeewaaahhh

Secebis Kata-Kata

Terima kasih kerana mengunjungi blog aku.Untuk pemulaan blog ini,aku akan memperkenalkan serba sedikit tentang diri aku.Namaku Mohd Idris Bin Ahmad Najib.Berasal dari Ipoh Perak.Aku dilahirkan pada 28 November 1986 tahun harimau.Aku mempunyai banyak hobi,iaitu mendengar musik,memuat turun musik,memancing,melancong walaupun aku tak banyak duit,dan isap rokok.Aku sekarang menuntut di sebuah institusi yang diberi nama GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE.Aku mengikuti jurusan HND Mould Technology.

Aku mengalu-alukan kepada semua pengunjung blog aku ini untuk menghantar komen kepada aku,ini akan memudahkan aku untuk memperbaiki blog aku jika blog aku ini kurang memuaskan hati para pengunjung.kalau nak puji pun ape salahnyer..hehe..

Selamat Membaca