Powered By Blogger

Friday, September 12, 2008

Mari Kita Renungkan Bersama

Rakyat Malaysia sekarang tengah dilamun dilema ketidak stabilan pucuk pimpinannya.Apa yang kita dapat lihat sekarang ini,negara kita seolah-olah tidak dipimpin dengan betul.Dimanakah salahnya..?Bolehkah pembaca2 semua memberitahu saya.?Saya bukanlah bijak pandai tentang politik.Sebelum ni pon saya memang tidak ambil kisah langsung tentang hal-hal politik di negara kita ini.Sejak dua menjak ini baru saya sedar bahawa saya perlu mengambil tahu hal-hal politik dinegara ini..

Saya berasa amat sedih sekali dimana bangsa Melayu kita sendiri berpecah seolah-olah berebut takhta untuk memimpin negara yang sedang kucar kacir ini.Buat masa sekarang,saya sendiri tidak pasti parti pejuangan politik yang manakah yang patut untuk saya percayai.Adakah Barisan Nasional selepas diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi.?Adakah Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim..?Adakah PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz.?Tetapi tidak mungkin sekali untuk saya memilih DAP,kerana DAP hanya menunggu masa untuk merampas kerajaan kita ini.

Untuk makluman pembaca,saya mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa saya sukar untuk mempercayai kesemua parti-parti yang saya sebutkan di atas.Diantara sebab2nya ialah:-

BN-Merupakan parti yang telah dipimpin untuk ahli keluarga sahaja dan bukan untuk rakyat.

PKR-Seolah-olah berjuang hanya untuk membalas dendam.

PAS-Berdakwah untuk kepentingan Islam tetapi konsep dakwah yang disampaikan berbaur kutuk mengutuk sesama bangsa dan agama.

Adakah anda semua sedar tentang apa yang saya katakan ini?Ataupun adakah anda mempunyai sebab-sebab yang lain untuk dikongsikan bersama..?Jika ada,silakan tinggalkan komen diruangan memberi komen blog ini.

Akhir kata untuk kepentingan bersama.Marilah kita sama-sama turut sedar tentang apa yang telah berlaku terhadap negara kita ini.

2 comments:

k said...

Konsepnya mudah aje mat. Kembali ke asas. Apa itu wakil rakyat. Wakil Rakyat adalah kuli kepada rakyat.

Wakil rakyat punya rumah, patut tak lekang dikunjung rakyat untuk mengadu masalah. Itu konsep asalnya.

Wakil rakyat sekarang, nak jadi wakil rakyat sebab nak elaun wakil rakyat. Orang mengadu masalah, diaorang buat bodoh. Tak pernah lawat kawasan.

So pada aku, kalau mengundi tu jangan tengok parti. Kita tengok wakil tu. Dia ni jenis boleh kerja ke tak. Cerdik ke bengap tenggelam macam exco penang dari PKR tu..apa nama yang dulu keje posmen,tahu2 dapat jadi exco tuh..bengap nak mampus!

Orang permatang pauh patut undi Ariff tu, bukan undi Anwar. Sebab Anwar duk KL, bukan permatang pauh. Ariff tu, track record bagus apa. Tu sebab aku kata, kita jangan tengok parti, tengok wakilnya. tengok calon.

Orang kita taksub dengan parti. Kena tukar mentaliti tuh. Kena tengok wakil.

Incik angkasa said...

ok ses...terima kasih atas komen yang sungguh bernas..