Powered By Blogger

Saturday, July 31, 2010

Kecewa Di Malam Hari

Seperti yang dijanjikan, aku akan menyambung entri aku selepas aku pulang dari kerja.Hari ini sungguh malang bagi aku, sebab pulang kerja lebih awal seperti hari biasa.Kereta aku buat hal la pula. Aku tak pasti sama ada kerosakan berpunca daripada bateri ataupun alternator .Harap- harap bateri sahaja, sebab aku takde duit!Aduh.!

Aku bekerja secara part time di kedai yang bernama Pizza Uno, tugas aku adalah menghantar pesanan pizza.Mujurlah ada kerja ni, boleh jugak aku menampung perbelanjaan aku di sini dan juga menyelesaikan hutang aku dekat universiti yang angkanya agak besar.Kalau aku tak kerja taktau lah apa yang akan jadi dengan diri aku di tempat orang ni.

Tugas menghantar makanan ni mudah saja, macam delivery MCD dekat malaysia, cuma perbezaan di UK ni kami hantar pesanan menggunakan kereta. Nampak cool je anta naek kereta.Bagus pun hantar naek kereta, kalau hantar naik moto memang COOL habis lah kalau musim Winter. hahahahha...

Kepada tuhan, bantulah aku menyelesaikan sisa2 aku di UK ni, permudahkanlah aku menyelesaikan baki hutang yang masih belum selesai.Dan permudahkan lah aku untung menjalani hidup aku tanpa dugaan-dugaan mu.Aku dah tak sabar nak pulang ke Malaysia.Amin..

No comments: