Monday, August 23, 2010

Aku mahukan hitam menjadi putih

Mungkin semua yang berlaku disebabkan salah2 aku pada orang sekeliling aku, jauh sekali dalam lubuk hati aku untuk aku menyakitkan hati sesiapa pun di sekeliling aku, Tapi itu lah yang berlaku.Aku seolah-olah menyimpang dari apa yang aku niatkan. Niat yang aku sangkakan baik itulah yang mendatangkan masalah pada aku. Ya Allah adakah hati aku ini dah terlalu gelap sampaikan semua yang aku lakukan menjadi salah. Adakah aku dikategorikan sebagai manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri. Jika benar, kau bantulah aku untuk aku berubah,dan kau pulihkanlah kepercayaan mereka terhadap aku.Mungkin kejatuhan aku ini merupakan bermulanya untuk aku berubah menjadi lebih baik.Aku jugak insan yang tidak sempurna yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

No comments: