Powered By Blogger

Tuesday, August 10, 2010

Nazar dan Ramadhan

Hari ini sungguh lapang sangat aku rasa.Kenapa aku rasa lapang.?Sebab nazar aku dah terbayar.Sebelum ni aku pernah bernazar untuk buat makan2 sikit untuk kawan2 satu universiti aku jika aku lulus peperiksaan tahun akhir aku di UK ni, Alhamdulillah aku lulus dan aku perlu tunaikan nazar aku tu.Tadi telah berlangsungnya pembayaran nazar aku itu,Mula2 aku cemas jugak dengan keadaan cuaca masa mula2 aku bangun dari tidur.Keadaan hari ni sangat mendung disertai hujan renyai2.Dengan tenang aku berbisik dalam hati aku, "Kejap lagi berhenti la hujan ni".Aku terus bangun, gosok gigi dan membasuh muka without mandi.sebab sejuk.heheheh biasa laa tu.Hari-hari aku dipenuhi dengan cara hidup grunge tak mandi.keh keh keh.

Selepas membersihkan gigi dan muka, aku terus kekedai dengan teman serumah untuk membeli keperluan bbq yang masih belum mencukupi untuk digunakan petang nanti.Selepas membeli barang2 yang diperlukan,Aku terus balik.Hujan dah mula reda .Sampai je kat rumah, terus aku prepare barang2 untuk start bbq. Mula je aku nak bakar arang, aku dah down, Hujan turun balik, jam dah pukul 4.45ptg, majlis makan2 start pukul 6. Aku dah bertambah cemas bercampur sedih pun ada.Yela takut2 kalau hujan taknak berhenti langsung.Macam mana nak panggang ayam kalau dah hujan.Budak2 rumah aku dah start buat dessert untuk pengalas perut.

Dengan automatiknya, aku memohon doa sorang2 dekat belakang rumah "Ya allah, berkati lah dan tolonglah hambamu ini yang hendak membayar nazarnya,Engkau hentikanlah hujan ini untuk aku menunaikan nazarku". Selepas beberapa minit, hujan berhenti dengan serta merta, aku dapat lihat langit hitam tadi bertukar menjadi cerah.Aku tak pernah rasa gembira macam ni dan rasa macam nak nangis jer.Aku mulakan dengan menyalakan arang dan tunggu sampai betul2 boleh panggang ayam. Tepat jam 6.10 ptg, kawan2 yang dijemput dah mula hadir, aku dah mula happy dan dilanjutkan sampai ke malam orang semakin ramai.Dalam hati aku, aku berkata "Engkaulah yang maha membantu disaat hambamu memerlukan"

Setelah selesai membakar semua ayam, aku dapat rasakan yang ayam aku ni macam tak cukup jer untuk semua yang hadir, tapi alhamdulillah semua dapat merasa masakan yang aku dan teman serumah aku sediakan.Aku dapat lihat jemputan yang hadir semua happy2, ada gak yang happy sebab rumput hijau.hahahahha..tapi tu takpe la. bahan organik katanya.Setelah selesai makan,Semua mula beransur pulang dengan hati yang gembira.Tapi maaflah aku tak sempat pulak nak bergambar tadi.Tak terfikir plak nak bergamba.ish ish ish.

P/S : Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 di malaysia mahupun di Uk.Aku jugak memohon maaf jika ada salah dan silap yang aku buat pada kamu semua walaupun sengaja atau tidak sengaja,Biasa la manusia tak lari dari membuat kesilapan. Dan jugak aku nak mengucapkan kepada diri aku sendiri, selamat berpuasa selama 18 jam sehari.hehehehhehe...

1 comment:

kamarul arifin said...

18 jam mat..fuh..letih2..