Powered By Blogger

Thursday, August 5, 2010

Paintball




Semalam aku dan rakan-rakan di Sunderland telah bertempur di medan perang yang diberi nama Delta Force.Kitorang tiba di medan perang kira-kira jam 10pagi. Kelihatan 2 batallion tempur sudah bersedia dengan pakaian ala-ala Slipknot sedang berehat, aku ingat kan ape, rupa2 nya diorang tunggu kitorang sebab kitorang lambat.hahahahhahaa
Selepas diberi briefing kami diberi pakaian masing2 mengikut size badan sendiri.Lepas tu kene pegi beli peluru pulak,aku beli 100 butir peluru bola disaluti cat warna oren.Nampak macam gula2 jer..tapi tak boleh telan sebab kompom keracunan makanan.Lepas tu kitorang dibawa masuk ke dalam medan perang,dan masing2 diberi senjata,first time aku pegang senjata piantball ni.Rasa macam perajurit Perang dunia kedua plak.

Kitorang dibahagikan kepada 2 kumpulan yang dilebalkan warna Coklat dan Hijau,Aku tergolong dalam kumpulan Hijau,Setelah betul2 sampai ditengah2 medan perang,Aku memulakan misi untuk membunuh musuh,Fuuhhhh macam perang betul bergolek2 atas tanah.untuk game yang pertama aku telah membunuh lebih kurang 5-6orang. Masuk je round kedua aku plak kene bunuh.Damn sungguh. Tak puas rasanya, Selepas tamatnya game pertama tu.Untuk meneruskan game kedua yang kesemuanya ada 6 game,kitorang berehat dahulu untuk menaikkan stamina semula,Aku dengan syoknya check baki peluru,Mak aihhh.. tinggal 7-8 bijik je.Punya laa seronok tembak orang sampai peluru habis,Aku terus ke tempat membeli peluru, untuk menambahkan peluru aku yang dah semakin habis tu.

Untuk game seterusnya kitorang dibawa ketempat lain pulak dan game2 seterusnya berbeza-beza misinya,ada yang kene bawak bomb kat base enemy lah,selamatkan presiden lah,selamatkan castle la.Fuhhh..Tapi last2 kumpulan aku, gugur dimedan perang sebab kumpulan coklat main tipu!HAHAHAHHA...dah kene tembak taknak keluar.Undang2 paintball nih,sape yang kene tembak sekali dan peluru pecah dibadan,dia dikira mati,Tapi diorang ni seolah-olah mengunakan ilmu kebal dan tak mati-mati.HAHAHAHA..Tapi ape-ape pun kitorang enjoy dan tepat jam 4.00 petang kitorang pun dah selamat berkhemas untuk pulang kerumah masing-masing.

Sampai je di rumah,aku terus mandi dan memeriksa badan,rasanya time kene tembak memang sakit gila badan ,Check punya check memang bebirat badan aku,kesan paling ketara time aku kene tembak dekat lengan.Lebam oiiii!!!!Aku tanya kat kawan-kawan yang lain..diorang lagi teruk lebam dekat 10 bijik.hahahaha..memang Zero lah diorang nih.!!!Apa-apa pun aku terasa sangat enjoy semalam.Thank you laa untuk smua rakan2 sebab kita chill sangat smalam!!!





2 comments:

kamarul arifin said...

best mat main paintball ni.aku tau best even x pernah main pun,huhu..teringin gak nk main sb asik2 main counter-strike ja.

Incik angkasa said...

haaa..nanti kita bleh try pekena kat malaysia. aku rasa ada kat bukit jalil.