Powered By Blogger

Saturday, November 15, 2008

Belajar itu rumit

Sudah lama rasanya aku tak mengupdatekan blog aku ni.Secara rumusnya ,aku sibuk dengan pelajaran ku di kampus.Hari2 aku on laptop,pasang lagu nidji dan onkan program CATIA dan Auto Cadd aku untuk menyiapkan tugas melukis yang diberikan kepada aku.Nak taknak kena buat jugak,maklumlah aku dah menjalani proses untuk menyiapkan Final Year Project aku.

Sedar tak sedar, aku di tahun akhir bagi sesi pembelajaran aku untuk merangkul pingat Diploma.Harap2 tuhan dapat membantu aku untuk menghabiskan sesi pembelajaran aku ini dengan jayanya.Dalam kebosanan aku dengan berutinkan kerja melukis hari2,mujurlah jugak ada hiburan dan sukan yang disediakan di kampus baru aku.Dapat jugak aku mengeluarkan peluh dan berseronok dengan kawan2 aku sekampus.

3 hari berturut-turut yang lepas aku telah menghadiri sebuah konsert kecil yang diberi nama "Battle of The Band".Tak banyak yang menyeronokkan berbanding dengan gig2 yang aku hadiri sebelum ini.Tapi ok lah sekadar untuk aku menghiburkan diri.

Adoi....!!

2 comments:

Anonymous said...

semoga berjaya dengan Final Year Project ko...

Incik angkasa said...

terima kasih daun keladi